Search This Blog

Friday, November 25, 2011

weewit ! SHISHA HARAM !


BATANG PAIP (SHISHA)

 assalamualaikum , hye :) post kali ni nak share sikit tentangg shisha. sy tengok remaja sekarangg ni tak kira lelaki atau perempuan sudah menjadikan aktiviti menghisap shisha ni satu tabiat. kepada koranggg yang layan shisha ni, dah tahu ke shisha tu ap, bahaya dy ap, haram ke halal ke, DAH TAHU ? kalau dah tahuu baguslaa, hope dapat berubah :) hoho.

jengjeng HAHA jom kite usha usha  SHISHA kegemaran ramai nih :

SHISHA tu apa awak ?


Shisha merujuk pada rasa tembakau yang digunakan dalam proses merokok dengan menggunakan hookah, juga dikenali 'gelembung Hubble' dan 'narghile'. Shisha adalah panggilan dalam bahasa Arab.

Kalau di India panggil Hookah. Maksud dia “waterpipe”. Maksudnya dalam Bahasa Melayu paip air la kan? Prosesnya senang. Tembakau ditempatkan dalam mangkuk, yang di bahagian atas struktur paip.
Sebuah aluminium foil merangkumi mangkuk dan potongan-potongan arang kecil kemudian ditempatkan pada foil, yang menusuk menggunakan pin dengan lembut panas tembakau. kemudiannya disedut melalui satu pipe. So udara dari atas akan melalui arang panas tadi kemudian melalui tembakau dan terus masuk ke air yang kemudiannya asapnya terus dialirkan ke paip yang disedut menggunakan pipe tadi. Perisa terdiri daripada vanilla, rose dan chocolate pun ada. strawberry sekali ! hebat tak ? sedap kan ? HAHA

now, kita usha pula BODY BATANG PAIP(shisha) ni :)

 (i) Bahagian kepala (head), yang merupakan sebiji mangkuk (yang diperbuat dari tanah liat) untuk meletakkan tembakau dan arang.

(ii) Bahagian badan atau tengah (body), merupakan penghubung antara bahagian kepala dan bahagian bawah dan kebiasaannya ia diperbuat daripada bahan logam ataupun kayu.

(iii) Bahagian bawah yang merupakan sebiji mangkuk air (water bowl/water chamber). Biasanya ia diisikan dengan air tetapi kadang kala ia juga boleh diisikan dengan susu, jus buahbuahan
ataupun wain. Bekas air ini selalunya diperbuat daripada kaca.

(iv) Hos dan alat penyedut (mouthpiece) yang digunakan untuk menyedut asap keluar daripada alat shisha tersebut. Namun begitu terdapat juga beberapa perbezaan dalam reka bentuk shisha ini mengikut tempat serta adat penduduk yang menggunakannya. Sebagai contoh, ada yang mempunyai hos dan alat penyedut yang lebih dari satu dan boleh dikongsi berdua atau lebih dan juga perbezaan pada bentuk dan saiz bahagian kepala atau bekas airnya.


 

 SHISHA ni bahaya ke tak ?

Ramai orang mungkin berpendapat bahawa merokok Shisha tidak berbahaya, para ahli perubatan mengatakan sebaliknya, maknanya SHISHA ni BAHAYA. Penghisap yang menghisap shisha atau tembakau herba akan berisiko mengalami peningkatan kadar karbon monoksida dalam badan. Hal itu disebabkan, dalam satu sesi menghisap shisha memiliki kecenderungan 4-5 kali lebih tinggi kandungan karbon monoksida dalam badan berbanding semasa menghisap merokok tembakau. Tingginya kadar karbon monoksida ini nantinya berpotensi menyebabkan kerosakan otak dan keadaan tidak sedar.Sebarang produk tembakau dalam bentuk apapun mengandungi nikotin dan nikotin yang adiktif. produk tembakau berbahaya kerana mengandungi bahan kimia yang beracun dan karsinogenik.

Orang mempercayai, asap akan ditapis oleh air. Namun ramai yang tidak tahu, nikotin tidak larut dalam air. Air hanya digunakan sebagai gimik sahaja. satu sesi merokok Shisha menghasilkan asupan nikotin setara dengan lebih dari satu pek rokok. Ketika menghisap shisha, penghisap perlulah menghisap melalui satu pipe dan kemungkinan risiko DIJANGKITI PENYAKIT TB atau HEPATISIS sangat tinggi kerana mengguna pipe yang sama.
 
yes ! lastly HUKUM sedut hisap tarik SHISHA ! haha (read carefully)


Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut..



 kesan menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk bergantung kepada bahan perasa atau tambahan yang digunakan semasa menghisap shisha.
Sebagai kesimpulan, menghisap shisha adalah haram sepertimana haramnya menghisap rokok dan kesan mudarat menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk daripada kesan menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan yang digunakan.
RUMUSANNYA
pada pendapat sy laa kan, shisha ni memang TAK patut diamalkan sebab sudah terang lagi bersuluh yang shisha ni HARAM, bukan shisha jee ROKOK pon sama. lagi pon benda benda macam ni boleh menjejaskan kesihatan korangg, kalau yang remaja tu nak ke tanggung banyak penyakit masa muda muda ni ? kalau yang dewasa tu nak ketambah lagi penyakit hang tuu ? so, fikir fikirkanlahh and make a good choice for your life <3


:)

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
haloo im sabreena supardi. batch 1995. accountant my ambition :)